Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-29 08:52:21    
Hampir 300 Orang Maut Dalam Gempa Bumi di Indonesia

CRI

Menurut berita CRI, pegawai kerajaan Pulau Nias Indonesia hari ini menyatakan, terdapat lebih kurang 300 orang maut dalam gempa bumi yang berlaku di pulau itu semalam.

Dilaporkan, kebanyakan bangunan di pulau itu sudah runtuh, kebanyakan mangsa maut akibat runtuhan bangunan.

Naib Setiausaha Agung PBB yang bertangungjawab terhdap hal-ehwal kemanusiaan, Jan Egeland semalam di ibu pejabat PBB di New York berkata, gempa bumi itu telah menimbulkan kebimbangan di negara dan kawasan di sekitar pulau itu. Tetapi PBB setakat ini belum menerima laporan rasmi tentang gempa bumi tersebut.

Pada hari yang sama, jurucakap PBB mengumumkan, gempa bumi tersebut mungkin akan menyebabkan tsunami. Pusat Amaran Tsunami Rantau Pasifik A.S. mengumumkan, gempa bumi itu mungkin mengakibatkan ombak besar di Mauritins dan negara di sekitarnya.