Menurut berita CRI, Naib Presiden Indonesia, Yusuf Kalla hari ini semasa diwawacara media massa Indonesia menyatakan, gempa bumi yang berlaku di kawasan perairan laut di sebelah barat Sumatra semalam telah mengakibatkan seribu hingga dua ribu orang maut di Pulau Nias.
Beliau juga menegaskan, angka tersebut merupakan jangkaan awal berdasarkan kejadian runtuhan bangunan di pulau itu dan bukan angka tepat berdasarkan jumlah mayat.
Dilaporkan lagi, Jabatan Persekitaran Negara Singapura hari ini menyatakan, gempa bumi tersebut tidak memberi kesan serius terhadap Singapura. Pagi hari ini, kerajaan Sri Langka telah membatalkan amaran tsunami yang diumumkan malam semalam, penduduk yang melarikan diri dari kewasan pantai telah kembali ke rumah masing-masing.
|