Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-29 16:17:30    
China Tingkatkan Kawalan Penggunaan Tanah Untuk Projek Pembinaan Bangunan

CRI

Menurut berita CRI, berdasarkan statistik yang diumumkan oleh Kementerian Tanah dan Sumber Alam China hari ini, pada tahun 2004, penggunaan tanah untuk projek pembinaan bangunan meningkat lebih 268 ribu hektar, kadar peningkatan itu kurang hampir 40% berbanding tahun sebelumnya.

Kerajaan China pada tahun lalu secara ketat mengawal penggunaan tanah untuk tujuan membina bangunan, menghentikan projek pengeluaran besi waja dan simen yang tidak bersesuaian dengan dasar kerajaan serta menghentikan projek pembinaan padang golf dan banglo mewah, dan meningkatkan keberkesanan penggunaan tanah. Pegawai Kementerian Tanah dan Sumber Alam China menyatakan, kadar peningkatan penggunaan tanah untuk projek pembinaan menurun menunjukkan bahawa dasar kawalan makro kerajaan China pada tahun lalu telah mencapai kesannya.