Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kementerian Perdagangan China memaklumkan, pada 2 bulan pertama tahun ini, jumlah import-eksport barangan permesinan dan elektrik perusahaan milik penuh asing di China meningkat hampir 30% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menempati 53% jumlah import-eksport barangan permesinan dan elektrik seluruh China.
Setelah jumlah import-eksport barangan permesinan dan elektrik perusahaan milik penuh asing di China melebihi separuh jumlah import-eksport China, jumlah import-eksport barangan permesinan dan elektrik perusahaan milik penuh asing di China terus meningkat. Pakar menegaskan, hubungan ekonomi China dengan seluruh dunia semakin hari semakin erat. Di samping itu, jumlah import-eksport firma asing di China meningkat besar-besaran juga membuktikan bahawa firma asing sedang menyertai perkembangan ekonomi China.
|