Menurut berita CRI, Perdana Menteri China, Wen Jiabao hari ini telah mempengerusikan sidang tetap Dewan Negara China. Dalam sidang itu ditetapkan bahawa keutamaan kerja kerajaan China pada tahun ini ialah memperdalam dan mendorong pembaharuan sistem ekonomi negara ini.
Para peserta sidang itu telah membincangkan dan meluluskan usul tentang pembaharuan sistem ekonomi China pada tahun 2005. Kerajaan pelbagai peringkat dituntut terus memperdalam pembaharuan sistem ekonomi, membasmi unsur yang tidak stabil dan tidak sihat dalam pertumbuhan ekonomi, memperkukuh dan mengembangkan hasil kawalan makro demi mewujudkan masyarakat harmoni.
|