Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-03-30 10:01:46    
Masyarakat Antarabangsa Bantu Indonesia

CRI

 

Menurut berita CRI, setelah gempa bumi yang kuat berlaku di perairan berhampiran Sumatera, Indonesia pada malam 28 Mac lepas, Indonesia dan masyarakat antarabangsa telah mengambil tindakan untuk menjalankan usaha penyelamatan.

Pasukan penyelamat pertama Indonesia yang terdiri daripada 12 orang anggota sudah mulai menjalankan tugas penyelamatan di pulau Nias.

PBB juga menghantar kumpulan penyelamat ke Indonesia. Selain itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tabung Kanak-kanak PBB, Program Makanan Sedunia, Palang Merah Antarabangsa juga menghantar anggota kumpulan penyalamat atau barangan ke kawasan yang mengalami bencana.

Kerajaan China memutuskan untuk menderma 500 ribu dolar Amerika kepada Indonesia.

Kerajaan Singapura semalam juga mengumumkan menghantar kumpulan penyelamat kemanusiaan ke Nias, Indonesia.

Disahkan bahawa setakat malam semalam, gempa bumi di Indonesia telah menyebabkan sekurang-kurangnya 430 orang maut.