Menurut laporan CRI, delegasi Parti Kuomintang China kini sedang mengadakan lawatannya di Tanah Besar China. Pegawai Jabatan Hal-ehwal Taiwan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China serta wakil dari badan berkaitan telah mengadakan perbincangan dengan anggota delegasi Parti Kuomintang China di Beijing tentang isu mendorong pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua pantai Selat Taiwan dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat tentang lebih 10 perkara dalam perbincangan tersebut.
Delegasi Parti Kuomintang China yang terdiri daripada 34 orang tiba di Guangzhou pada 28 Mac lalu untuk mengadakan lawatan selama 5 hari di Tanah Besar China. Ini merupakan merupakan lawatan pertama delegasi Parti Kuomintang Taiwan melawat Tanah Besar China sejak parti itu berundur ke Taiwan pada tahun 1949. Delegasi itu telah mengunjungi Makam Pejuang Kebangsaan Huanghuagang di Guangzhou serta Makam Doktor Sun Yat Sen yang merupakan pengasas Parti Kuomintang itu di Nanjing, dan mereka telah tiba di Beijing semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Hal-ehwal Taiwan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Encik Chen Yunlin ketika menemui anggota delegasi itu di Beijing menyatakan saudara setanah air di kedua-dua pantai Selat Taiwan perlu berusaha bersama-sama untuk mewujudkan masa depan yang cerah hubungan kedua-dua pihak. Beliau berkata, "Pihak kami tetap menganjurkan mendorong kerjasama ekonomi antara kedua-dua pantai Selat Taiwan. Lawatan delegasi Parti Kuomintang China kali ini mempunyai erti penting bagi mendorog perdamaian di kawasan Selat Taiwan, meningkatkan persefahaman antara saudara setanah air dan mengembangkan hubungan antara kedua-dua pihak."
Naib Pengerusi Parti Kuomintang China yang juga Ketua delegasi tersebut, Encik Jiang Bingkun berkata, beliau telah bertukar-tukar pendapat dengan para usahawan Taiwan di Tanah Besar China semasa lawatan tersebut dan melihat mereka telah mencapai keuntungan dalam perniagaan atas pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan tempatan. Beliau menyatakan, kerjasama ekonomi dan pertukaran itu berfaedah untuk mendorong hubungan antara kedua-dua pihak dan juga merupakan hasrat bersama rakyat di kedua-dua pantai Selat Taiwan. Beliau berkata, "Ekonomi Taiwan sedang menghadapi pelbagai kesukaran pada masa ini, perdamaian antara kedua-dua pantai Selat Taiwan merupakan asas yang amat diperlukan untuk memulihkan kepercayaan para pelabur. Saya yakin, kerjasama ekonomi dan perdagangan pasti akan memberi keuntungan kepada rakyat kedua-dua pihak. Pertentangan tidak berfaedah bagi kemakuran ekonomi di kedua-dua pantai selat, maka saya berharap kedua-dua pihak akan memulihkan dialog."
Pegawai Jabatan Hal-ehwal Taiwan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Kementerian Pertanian China dan Kementerian Perdagangan China telah mengadakan perbincangan dengan anggota Delegasi Guomintang China untuk mendorong pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Mereka telah mencapai pelbagai persepakatan tentang mendorong melaksanakan penerbangan carter antara kedua-dua pantai selat, meningkatkan kerjasama pertanian, menetapkan peraturan segera tentang isu penjualan hasil pertanian Taiwan di Tanah Besar China, memulihkan kerjasama dalam industri perikanan, mendorong pertukaran lawatan antara penduduk kota dan pekan kedua-dua pihak, meningkatkan pertukaran dalam bidang penerangan dan pendidikan, membuat persiapan untuk pelancongan penduduk Tanah Besar China ke Taiwan serta bekerjasama dalam usaha membanteras kegiatan jenayah. Jurucakap Parti Kuomintang China, Encik Zhang Ronggong berkata, "Kami berharap pihak berkuasa Taiwan memberi sokongan terhadap pertukaran dengan Tanah Besar China yang dijalankan oleh pihak kami berdasarkan kepentingan rakyat Taiwan."
Ketua Pengarah Jabatan Hal-ehwal Taiwan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Chen Yunlin menyatakan saudara setanah air di kedua-dua pantai Selat Taiwan telah mencapai kata sepakat untuk mewujudkan kejayaan bersama, sesiapa pun tidak dapat menghalang hasrat rakyat kedua-dua pihak untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan.
|