Sektor pelancongan semakin hari semakin mendapat perhatian pelbagai negara, khususnya negara-negara Asia Tenggara. Selain Singapura, Malaysia dan Thailand yang sudah lama menjadi negara destinasi pelancongan yang menarik, Vietnam, Laos, Kemboja dan negara-negara lain yang baru menumpukan perhatian terhadap pembangunan ekonomi semakin hari semakin mementingkan perkembangan sektor pelancongan. Sekarang, kerjasama melangkau negara antara pelbagai negara Asia Tenggara semakin hari semakin meningkat.
7 daripada 10 negara anggota ASEAN terletak di benua besar Asia Tenggara. Selain Singapura, negara-negara tersebut masing-masing bersempadan dengan sekurang-kurangnya dua negara lain, jumlah negara jiran Thailand paling ramai, termasuk Myanmar, Laos, Kemboja dan Malaysia. Ini menjadi faktor yang baik dalam peningkatan kerjasama melangkau negara antara pelbagai negara Asia Tenggara dalam sektor pelancongan.
Sumber pelancongan dibahagikan kepada sumber alam sekitar, sumber kemanusiaan dan sumber sosial. Ketiga-tiga jenis sumber tersebut sangat kaya di Asia Tenggara. Destinasi pelancongan alam sekitar di Vietnam, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina sangat kaya dan telah menarik ramai pelancong. Sumber pelancongan sosial di Singapura sangat terkenal. Di samping itu, sumber pelancongan kemanusiaan di Asia Tenggara juga sangat kaya, banyak negara merupakan masyarakat majmuk. Thailand, Myanmar, Laos dan Kemboja beragama Buddha, Malaysia dan Indonesia beragama Islam, masyarakat di Filipina kebanyakan beragama Kristian Mazhab Katoli, ramai rakyat Singapura berfahaman Konfusius.
Sumber pelancongan yang kaya telah meletakkan dasar yang kukuh terhadap kerjasama melangkau negara pelbagai negara Asia Tenggara dalam sektor tersebut. Negara-negara yang mempunyai sumber pelancongan agama yang sama boleh bersama-sama menikmati sumber tersebut, negara-negara yang mempunyai sumber pelancongan agama yang berbeza boleh saling melengkapi. Negara-negara tersebut boleh meneroka destinasi pelancongan yang menggabungkan sumber pemandangan alam sekitar dengan sumber pelancongan kemanusiaan. Misalnya Sungai Lancang-Mekong yang melalui 5 negara mempunyai sumber pelancongan agama Buddha yang sangat kaya, di samping itu, pemandangan alam di kawasan aliran sungai itu juga sangat indah dan terdapat adat resam yang berbeza antara pelbagai negara di kawasan aliran sungai tersebut. Penerokaan sumber pelancongan Sungai Lancang-Mekong akan menggabungkan ketiga-tiga jenis sumber pelancongan.
Sekor pelancongan memerlukan jumlah pelaburan yang kecil, pencemaran rendah, tetapi keberkesanannya tinggi. Pelbagai negara Asia Tenggara semakin hari semakin mementingkan pembangunan sektor pelancongan. Singapura sudah lama mengembangkan sekor pelancongannya, pada tahun 1996, Singapura mengemukakan sasaran membangunkan negara itu sebagai bandar pelancongan antarabangsa yang sama terkenal dengan New York dan London, mereka secara aktif dan berinovatif mengembangkan sektor pelancongan di Singapura. Malaysia memperuntukkan 7 bilion dolar Amerika untuk membina lapangan terbang untuk syarikat penerbangan tambang murah baru, Vietnam telah menetapkan strategi pembangunan sektor pelancongan 2010, iaitu jumlah pelancong asing yang melawat Vietnam mencapai 5.5 juta hingga 6 juta pada tahun itu.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pelbagai negara Asia Tenggara telah memeterai beberapa perjanjian kerjasama untuk meningkatkan taraf perkhidmatan pelancongan, memudahkan prosedur imigresen serta bersama-sama meneroka sumber pelancongan. Kerjasama sektor pelancongan antara Vietnam dan Kemboja dimulakan pada tahun 1995, pada tahun 2000, kedua-dua negara tersebut meningkatkan kerjasama melalui cara memudahkan prosedur imigresen, meningkatkan kempen dan menyediakan pakej pelancongan yang baru. Thailand juga telah masing-masing memeterai perjanjian kerjasama dengan Laos, Myanmar, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan Malaysia.
Sekarang kerjasama pelancongan antara pelbagai negara Asia Tenggara yang sudah mula dilaksanakan termasuk, memudahkan prosedur imigresen, melatih tenaga profesional pelancongan, bekerjasama untuk meneroka destinasi pelancongan, menubuhkan mekanisme persidangan untuk meningkatkan kerjasama pelbagai negara tersebut dalam sektor pelancongan, menubuhkan pusat maklumat pelancongan ASEAN dan meningkatkan kerjasama antikeganasan untuk menyediakan jaminan keselamatan untuk perkembangan sektor pelancongan di Asia Tenggara.
Sekarang, negara-negara Asia Tenggara di samping mengembangkan kerjasama melangkau negara dalam sektor pelancongan di rantau Asia Tengara, mereka juga sedang meningkatkan kerjasama dalam sektor tersebut dengan China dan negara-negara yang lain. Di percayai bahawa dengan usaha pelbagai negara Asia Tenggara, kerjasama melangkau negara dalam sektor pelancongan di rantau Asia Tengara akan semakin hari semakin maju.
Andika
|