Menurut berita CRI, jurucakap Kementerian Luar China, Liu Jianchao dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing hari ini telah memaklumkan China membantu Indonesia membina jaringan ramalan gempa bumi dan gelombang besar. Beliau berkata, pihak China sudah menandatangani perjanjian dengan Indonesia.
Pembinaan jaringan itu akan membantu Indonesia meningkatkan kecekapan ramalan gempa bumi dan gelombang besar serta memberi sokongan dari segi teknologi bagi Indonesia menyertai sistem ramalan gelombang besar di Lautan Hindi.
|