Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-01 09:59:24    
Pertumbuhan Ekonomi Perusahaan Bukan Milik Negara China Menghadapi Peluang Perkembangan Yang Baru

CRI

Kerajaan China baru-baru ini telah mengumumkan dasar menggalakkan pertumbuhan ekonomi perusahaan bukan milik Negara. Dasar ini akan dilaksanakan di perusahaan yang tidak dilarang oleh undang-undang dan peraturan China, antaranya termasuk syarikat tenaga elektrik, telekom, landasan kereta api, penerbangan awam, petroleum, kewangan dan lain-lain yang termasuk dalam kategori ekonomi sistem milik Negara.

Encik Cheng Siwei, seorang pakar ekonomi yang terkenal di China berkata dasar kerajaan China itu telah merangsang pertumbuhan ekonomi peruahaan bukan milik Negara dan menyediakan peluang perkembangan kepada pasaran ekonomi perusahana bukan milik Negara. Serentak itu, dasar itu juga akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi perusahaan bukan milik Negara.

Pembaharuan ekonomi perusahana bukan milik Negara China telah dilaksanakan pada penghujung tahun 1970-an. Ekonomi peruahaan bukan milik Negara pada masa ini menjadi sebagai daripada komponen yang penting dalam ekonomi pasaran China sejak dilaksanakan lebih 20 tahun lalu. Berdasarkan statistik, perusahaan swasta China pada masa ini mencatat kira-kira 4 juta buah, jumlah modal yang didaftar mencatat lebih 4 ribu billion yuan Renminbi, meningkat 50 kali ganda berbanding tahun yang lalu.

China menetapkan beberapa dasar untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi perusahaan bukan milik Negara selama lebih 10 tahun kebelakangan ini, dan sistem undang-undang yang menyempurnakan dan melindungi harta benda swasta telah ditetapkan dalam rang pindaan perlembagaan. Ini membolehkan persekitaran pertumbuhan ekonomi perusahaan bukan milik Negara China menjadi lebih sempurna.

Encik Cheng Siwei berkata, pertumbuhan ekonomi perusahaan bukan milik negara telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara China dan merangsang ekonomi pasaran menjadi lebih rancak. Ia bermanfaat bagi mewujudkan dengan berjaya penyusunan semula sumber tenaga di pasaran, dan juga menggalakkan daya saing, menghalang kegiatan monopoli yang menyebabkan pasaran berubah menjadi labih rancak. Serentak itu, juga bermanfaat bagi pertumbuhan ekonomi sosioekonomi dan menyediakan lebih banyak kemudahan kepada para pengguna.

Pengerusi Persatuan Perindustrian dan Perdagangan Seluruh Negara China Encik Huang Mengfu berkata saya berpendapat bahawa dasar itu bertujuan menyediakan peruntukan kewangan untuk menyokong pembangunan perusahaan milik Negara dan perusahaan kecil dan sederhana. Selain itu, menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana, disamping itu juga menetapkan bank tempatan dan bank kecil dan sederhana, menubuhkan bahagian khas untuk menyediakan pinjaman kewangan kepada perusahaan tersebut, dan meningkatkan jumlah pinjaman kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana milik Negara dan perusahaan swasta. Ini bermanfaat bagi perusahaan swasta memperoleh bantuan kewangan pada masa akan datang.

Dimaklumkan bahawa China akan memperuntukkan lebih banyak kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana dan meningaktkan kadar pinjaman kewangan kepada perusahana bukan milik Negara.

Dasar China itu telah dialu-alukan oleh perusahaan bukan milik Negara tersebut. Encik Wang Yusui, Ketua Pengarah Kumpulan Xinao China, salah sebuah perusahaan swasta yang khusus membekalkan gas di bandar –badnar utama di China berkata, dasar itu menjelaskan peringkat pembangunan dan tuntutan yang berbeza pelbagai perusahaan swasta. Dasar ini sangat mustahak. Sekarang, perusahaan swasta telah memasuki peringkat pembangunan awal. Dasar itu memainkan peranan positif bagi perusahana tersebut dalam pengeluaran bahan yang boleh kitar semula dan menyediakan peruntukan kewangan kepada perusahaan yang lain.

Dimaklumkan Jabantan kerajaan pusat dan kerajaan tempatan juga akan menetapkan dan mengaumumkan banyak tindakan setelah kerajaan China melaksanakan dasar menggalakkan pertumbuhan ekonomi perusahaan bukan milik Negara.