Maraton Persahabatan Penduduk Hong Kong, Makau, Taiwan dan Xinamen Pertama diadakan di bandar Xiamen pada 26 Mac. Atlet kontinjen Xiamen Teng Fuhui menjadi johan Maraton lelaki dengan catatan masa dua jam 47 minit 22 saat, atlet kontinjen Hong Kong Yang Meilun meraih tempat pertama Maraton wanita dengan catatan tiga jam 22 minit 8 saat, atlet kontinjen Taipei He Jinping menjadi johan separuh perjalanan Maraton lelaki. Atlet Makau Zhou Fengling menjadi johan wanita separuh perjalanan Maraton. Kontinjen Xiamen meraih johan berpasukan.
Datuk Bandar Xiamen Zhang Changping menyatakan perlumbaan Maraton itu akan dijadikan sebagai jambatan komunikasi kepada para peserta untuk berhubung antara satu sama lain dan juga untuk mencerminkan semangat tolong-menolong, sayang-menyayangi dan berusaha bersama umat manusia. Dimaklumkan, sejak bandar Xiamen mengadakan perlumbaan Maraton, atlet Taiwan telah mengambil bahagian dalam perlumbaan itu setiap tahun, antaranya termasuk beberapa atlet profesional. Dalam perlumbaan yang diadakan pada tahun lalu, Adik-beradik He Jinping dan He Jinwen, meraih johan separuh perjalanan dan johan 10 kilometer yang menunjukkan keupayaan atlet Taiwan.
Dimaklumkan, perlumbaan tersebut dianjurkan oleh tokoh-tokoh Makau dan mendapat sokongan tokoh arena sukan empat bandar tersebut. Bandar Xiamen dan bandar Taipei mengadakan pertandingan kelayakan dan memilih hampir 50 orang atlet mengambil bahagian dalam perlumbaan tahun ini.
Laluan perlumbaan Maraton kali ini dianggap sebagai laluan Perlumbaan Maraton yang paling cantik di dunia. Ia juga merupakan laluan perlumbaan Maraton di Tanah Besar China paling dekat dengan Taiwan. Lorong itu tiga empat kilometer hampir dengan pulau Quimoi, pada hari cuaca cerah, orang ramai boleh menikmati pemandangan yang indah di pulau Quimoi.
Kedudukan geografi yang dekat, bahasa yang sama serta adat resam yang hampir sama, menjadikan atlet Taiwan dan Quimoi merasa sangat mesra. Encik Lin berasal dari Taipei berkata, "Penduduk Xiamen sangat baik hati, semasa menyaksikan perlumbaan itu kita boleh mendengar jeritan 'suntik semangat' dalam dialek Amoi, sama seperti menyaksikan perlumbaan di Taiwan."
Oleh itu, perlumbaan Maraton Xiamen yang telah diadakan tiga kali telah menarik penyertaan ramai atlet Pulau Taiwan dan Pulau Quimoi. Dalam perlumbaan Maraton 2003, ahli Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa Encik Wu Jingguo mengetuai atlet Taiwan mengambil bahagian dalam perlumbaan itu. Pada tahun lalu, seramai 175 orang atlet Pulau Taiwan dan Pulau Quimoi mengambil bahagian dalam perlumbaan itu. Tahun ini, seramai 192 atlet Taiwan dan Quimoi menyertai perlumbaan tersebut.
Bagi kebanyakan atlet Taiwan, mengambil bahagian dalam Perlumbaan Maraton Xiamen bukan sahaja bertujuan untuk mencapai kejayaan, tetapi juga merasakan suasana yang persahabatan. Encik Huang yang berumur 84 tahun memberitahu wartawan bahawa tujuan beliau menyertai perlumbaan itu bukan untuk mencapai kejayaan, tetapi merasai suasana yang persahabatan lebih penting. Encik Wu yang pernah menyertai 92 perlumbaan Maraton telah menyanjung tinggi laluan Maraton Xiamen, beliau berkata jika Xiamen menganjurkan perlumbaan Maraton, beliau tentu akan datang lagi.
|