Menurut Agensi Berita Xinhua, Jabatan Kesihatan Filipina semalam mengumumkan, Filipina akan menghantar satu kumpulan perubatan yang terdiri daripada 16 orang ke Indonesia untuk membantu Indonesia menyediakan bantuan perubatan pasca bencana gempa bumi.
Setiausaha Kesihatan Filipina Manuel Dayrit berkata bahawa kumpulan itu terdiri daripada jururawat, pengendali peralatan perubatan, doktor psikologi, doktor kanak-kanak dan doktor penyakit dalaman. Mereka akan bertugas merawat mangsa yang cedera, menilai keperluan perubatan dan menyediakan peralatan logistik perubahtan dan lain-lain.
|