Menurut Agensi Berita Xinhua, Ekspo Perdagangan China-Negara Bahasa Portugis ditutup di Luanda, ibu negara Angola malam semalam.
Pengumuman yang dikeluarkan dalam ekspo itu menjelaskan bahawa para peserta telah dapat maklumat tentang keadaan makroekonomi, peluang perdagangan dan mekanisame pelaburan negara lain, serta keadaan dan taraf perkembangan perusahaan negara yang berkaitan. Dalam pengumuman itu ditegaskan bahawa pertukaran dan kerjasama seperti itu merupakan cara yang berkesan untuk mendorong perdagangan antara China dan negara berbahasa Portugis, dan ekspo itu akan terus diadakan pada masa depan.
|