Menurut Agensi Berita China, jumlah pekerja China pada tahun lalu mencapai 750 juta orang dan meningkat 7.6 juta orang berbanding tahun 2003.
Statistik itu dimaklumkan oleh Timbalan Pengerusi Institut Kajian Sains Kerja Kementerian Buruh dan Jaminan Sosial China Mo Rong dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing hari ini. Beliau menyatakan, pada tahun lalu, China melaksanakan dasar kawalan makro untuk menjamin ekonomi meningkat dengan cepat sehingga telah menyediakan asas untuk menambah peluang kerja.
|