Usaha Antirasuah China Dipastikan
CRI
Teransparency Internasional yang merupakan pertubuhan penyeliaan anti rasuah antarabangsa telah mengeluarkan "Laporan Antirasuah Sedunia Tahun 2005" baru-baru ini, laporan itu menumpukan perhatian dalam sektor pembinaan yang kini sering berlaku kegiatan rasuah di pelbagai negara. Laporan itu memastikan usaha antirasuah yang diambil oleh kerajaan China ketika menjalankan pembinaan, khususnya dalam usaha pembinaan stadium dan kemudahan Sukan Olimpik Beijing 2008. Ketua Pengarah Pusat Pentadbiran Bersih dan Kajian Pengurusan Institut Pentadbiran Awam, Universiti Tsinghua menyatakan China telah mencapai kejayaan yang besar dalam usaha antirasuah sejak belasan tahun lalu. Teransparency Internasional merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang menjalankan usaha untuk membanteras kegiatan rasuah di dunia. Pusat Pentadbiran Bersih dan Kajian Pengurusan Institut Pentadbiran Awam, Universiti Tsinghua merupakan badan perhubungan pertubuhan itu di China. Naib Ketua Pengarah pusat tersebut, Profesor Ren Jianming ketika diwawancara oleh wartawan kami berkata, usaha antirasuah dalam sektor pembinaan merupakan perkara yang penting dalam "Laporan Anti Rasuah Sedunia Tahun 2005" yang dikeluarkan oleh Teransparency Internasional. Perkara itu amat penting kerana kegiatan rasuah sering berlaku dalam projek pembinaan di pelbagai negara. Laporan itu menghargai tinggi usaha kerajaan untuk membanteras dan memcegah kegiatan rasuah dalam sektor pembinaan di China, khususnya dalam projek pembinaan kemudahan Sukan Olimpik Beijing. Dimaklumkan, Suruhanjaya Penyeliaan Sukan Olimpik Beijing telah mengemukakan sistem penyeliaan dan tindakan untuk mencegah kegiatan rasuah berlaku dalam pembinaan stadium dan kemudahan Sukan Olimpik 2008. Profesor Ren Jianmin berpendapat bahawa kegiatan rasuah telah dibanteras dengan berkesan di China melalui usaha yang dijalankan selama belasan tahun. Kegiatan rasuah dapat dicegah secara menyeluruh dengan sistem yang lebih efisien.
|
|