Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-01 15:33:18    
Sukarelawan yang Disuntik Vaksin AIDS Berada dalam Keadaan Baik

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, pemberita dimaklumkan bahawa lapan orang sukarelawan yang menerima suntikan vaksin AIDS berada dalam keadaan baik pada masa ini, tiada yang mengalami keadaan tidak normal.

Kumpulan pertama sukarelawan China yang terdiri daripada lapan orang telah diberi suntikan vaksin AIDS pada 12 Mac tahun ini untuk menguji kesan vaksin itu dalam badan manusia. Doktor yang bertanggungjawab memantau keadaan sukarelawan boleh menghubungi sukarelawan tersebut pada bila-bila masa. Pihak berkenaan juga telah menetapkan pelan tindakan yang menyeluruh untuk menangani keadaan kecemasan yang mungkin berlaku pada sukarelawan tersebut.