Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang China selalu dikenali sebagai tempat pengeluar buah-buahan. Xinjiang berjiran dengan negara-negera Komenvel Merdeka, mereka berusaha mengeksport buah-buahan Xinjiang ke negara tersebut. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Xinjiang selalu mengimport jenis buah-buahan yang baru, meluaskan keluasan penanaman buah-buahan, meningkatkan mutunya, maka pengeksportan buah-buahan Xinjiang semakin meningkat.
Berdasarkan statistik jabatan perdagangan luar Xinjiang, oleh sebab teknologi mempertahankan kesegaran buah-buahan Xinjiang amat baik, pengangkutan buah-buahan lebih cepat dan harganya murah, maka buah-buahan Xinjiang laris dijual di pasaran negara berjiran Xinjiang. Apel, pear dan anggur ditanam di Xinjiang sekarang selalu dijual di pasar negara Asia Tengah termasuk Pakistan dan Kyrgrzstan, buah-buahan Xinjiang sudah menjadi barangan utama yang dieksport ke negara lain.
Pada Januari dan Februari tahun ini, buah-buahan Xinjiang yang dieksport telah mencapai hampir 30 ribu tan, jumlah perdagangan mencatat lebih 10 juta dolar Amerika yang masing-masing bertambah 4 dan 4.4 kali ganda berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu.
Xinjiang telah mempercepat penyusunan semula struktur ekonomi desa, menubuhkan pangkalan penanaman pokok buah-buahan dan meningkatkan jumlah pengeluaran buah-buahan Xinjiang. Misalnya jumlah pengeluaran tahunan buah-buahan di Kashi Xinjiang telah mencapai hampir 900 ribu tan. Sesetengah petani telah mengubah cara pengelolaan buah-buahan, mereka telah memperbaiki jenis buah-buahan supaya buah-buahan tahan lama dan mudah diangkut, mereka hendak mengeksport buah-buahan mereka ke pasaran negara lain.
Anggur Turpan, apel Aksu dan pear Korla diangkut terus ke negara Asia tengah dan harga jualan di tempat itu amat tinggi. Difahamkan, baru-baru ini apel Aksu dijual di Kazakhastan dengan harga 20 yuan RMB sekilo.
Penganalisis berpendapat bahawa jenis buah-buahan di negara Asia Tengah tidak banyak dan jumlah pengeluarannya kecil, maka pengeksportan buah-buahan Xinjiang ke negara Asia Tengah akan mengekalkan trand pertumbuhan ekonomi di provinsi itu.
|