Menurut berita CRI, Naib Perdana Menteri China Zeng Peiyan semalam di Beijing semasa menemui anggota ekspedisi penyelidikan sains di Antartika yang kembali ke China pada minggu lalu berkata, saintis China di yang menyertai ekspedisi penyelidikan di kawasan kutub mencapai banyak kejayaan dalam penyelidikan sains, dan telah meningkatkan pengaruh China dalam penyelidikan kutub antarabangsa.
Beliau memberi penilaian tinggi terhadap kejayaan anggota ekspedisi penyelidikan sains China dan menyatakan, walaupun penyelidikan sains China di Antartika dimulakan agak lewat, tetapi telah mencapai kejayaan membanggakan di dunia dalam tempoh lebih 20 tahun lalu, dan meningkatkan peranan China dalam penyelidikan sains di kutub antarabangsa.
|