Menurut Agensi Berita Xinhua China, anggota parlimen negara anggota ASEAN semalam telah megnhadiri sidang antirasuah serantau yang diadakan di Manila, Filipina. Kenyataan yang dikemukakan selepas sidang itu menegaskan, negara anggota ASEAN harus meningkatkan kerjasama untuk membanteras rasuah.
Kenyataan sidang tersebut ditegaskan, rasuah telah secara serius menjejaskan perkembangan sosioekonomi di negara Asia Tenggara dan secara besar-besaran membazir sumber di rantau tersebut, rakyatnya tidak dapat menikmati perkhidmatan infrastruktur dan kebajikan masyarakat.
Kenyatakan tersebut menyeru pelbagai negara segera memeterai "Konvensyen Antirasuah" PBB dan meningkatkan kerjasama antirasuah antara pelbagai negara di rantau ini serta masing-masing menyempurnakan undang-undang antirasuah.
|