Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-04 11:13:59    
Perhimpunan Kesatuan Pelbagai Parlimen Ke-112 Dirasmikan di Filipina

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perhimpunan Kesatuan Pelbagai Parlimen Ke-112 telah dirasmikan di Manila, ibu negara Filipina semalam.

 

Dimaklumkan, agenda utama perhimpunan selama lima hari itu termasuk pembentukan mekanisme untuk menyediakan dasar bagi menghukum mereka yang melakukan jenayah perang, antimanusia dan keganasan; melindungi hak asasi manusia dalam proses mencegah dan mengawal perebakan penyakit AIDS. Para peserta perhimpunan itu juga akan membincangkan mekanisme baru pembiayaan dan perdagangan antarabangsa untuk menyelesaikan masalah hutang dan mewujudkan matlamat pembangunan milenium, PBB.

Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan telah mengutus ucapan tahniah kepada pihak penganjur perhimpunan itu. Presiden Kesatuan Pelbagai Parlimen, Sergio Paez Verdugo dan Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo juga telah menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian itu. Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Han Qide yang mengetuai delegasi China akan menyampaikan ucapan dalam perhimpunan itu.