Projek pembinaan landasan kereta api Qinghai-Tibet--projek penting pembangunan di bahagian barat China yang telah dijalankan selama lebih empat tahun telah diselesaikan pada asasnya, laluan dan rel landasan kereta api itu akan siap dipasang menjelang akhir tahun ini, perkhidmatan kereta api akan mula beroperasi di Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet.
Landasan kereta api Qinghai-Tibet merupakan landasan kereta api daratan tinggi yang paras lautnya paling tinggi dan paling panjang di dunia. Pada tahun 2001, kerajaan pusat telah memperuntukkan 26.21 bilion Yuan RMB untuk membina landasan kereta api sepanjang 1142 kilometer dari Golmud Qinghai sehingga ke Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet. Paras laut landasan kereta api yang sedang dibina itu purata mencatat 4500 meter dengan melintasi kawasan tanah beku lebih 550 kilometer.
Pembinaan landasan kereta api Qinghai-Tibet menghadapi tiga masalah utama iaitu faktor ekologi alam sekitar yang sentiasa berubah, cuaca sejuk dan kurang oksigen dan struktur geologikal tanah beku. Sebanyak lebih dua bilion Yuan RMB telah diperuntukkan untuk melindungi ekologi alam sekitar di kawasan itu, pembiayaan itu menduduki 8% jumlah peuntukan projek itu. Laluan pertama bagi binatang liar melintas landasan itu telah dibuka.
Kementeriann Kereta Api dan Kementerian Kesihatan China mengeluarkan dokumen bersama, menetapkan peraturan khas bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja pembinaan landasan kereta api Qinghai-Tibet dan memperuntukkan hampir 200 juta Yuan RMB menubuhkan pusat jaminan perubatan dan kesihatan di sepanjang landasan kereta api itu.
Untuk menyelesaikan masalah tanah beku, sejak pembinaan landasan kereta api Qinghai-Tibet mula dilaksanakan, Kementerian Kereta Api China memperuntukkan lebih 100 juta Yuan RMB untuk mengkaji bentuk muka tanah beku, menguruskan ramai pakar menjalankan penyelidikan terhadap projek tanah beku di lima kawasan sepanjang landasan kereta api Qinghai-Tibet dan mendapat sejumlah besar data-data dan hasil kajian sains. Pada masa ini, usaha itu telah mencapai kejayaan, landasan kereta api Qinghai-Tibet telah menjadi pangkalan pengkajian tanah beku terpenting di China bahkan di dunia.
----Ching
|