Menurut Akhbar Harian Renminribao China, China sedang meningkatkan pemeriksaan dan kuarantin terhadap semua barangan yang dibawa masuk melalui kastam sempadan untuk mencegah penyakit virus MBGVD yang berlaku di Angola merebak ke negara ini dan menjamin kesihatan mereka yang pergi ke kawasan tersebut.
Virus MBGVD merupakan sejenis penyakit demam mendadak. Pesakit akan menunjukkan simpton berdarah yang serius. Setakat 20 Mac, seramai 117 orang di Angola telah mati akibat penyakit itu.
|