Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-05 13:11:33    
Kerajaan Malaysia Lulus Pengambilan 75,000 Pekerja Indonesia

CRI

Menurut berita BERNAMA, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa kerajaan Malaysia hari Isnin menarik balik langkah pembekuan pengambilan pekerja asing baru yang dibuat sejak Februari lalu dan meluluskan serta merta pengambilan 75,000 pekerja dari Indonesia.

Najib berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing bagi menampung permintaan mendesak untuk membawa masuk pekerja asing ketika ini.

Katanya, demi menunjukkan semangat kejiranan dengan Indonesia, jawatankuasa itu turut mengambil keputusan untuk mengecualikan semua kursus induksi kepada pekerja Indonesia.

Najib menambah, kelulusan bagi 75,000 pekerja baru Indonesia itu adalah tambahan kepada kelulusan pengambilan 94,000 pekerja selepas tempoh pengampunan terhadap pendatang tanpa izin tamat 28 Feb lepas.

Sehingga kini bagaimanapun hanya 11,000 pendatang Indonesia yang kembali sebagai pekerja sah di Malaysia.