Wartawan CRI melaporkan, tinjauan yang diumumkan oleh Jabatan Statistik Negara China hari ini menunjukkan, pada suku tahun pertama tahun ini, indeks kepercayaan usahawan China ialah 135.9, terus mengekalkan trend peningkatan pada akhir tahun lalu.
Indeks itu dikeluarkan selepas jabatan itu menganalisis 20 ribu perusahaan di pelbagai sektor. Jatah itu menunjukkan, selain faktor perlombongan, kepercayaan di sektor yang lain turut meningkat.
|