Menurut Agensi Berita Xinhua China, setakat semalam, kerajaan Provinsi Phuket di selatan Thailand telah menubuhkan sistem ramalan tsunami di pantai Batong, destinasi pelancongan terkenal negara itu. Sistem itu akan dipasang di kawasan pantai destinasi pelancongan yang lain di Thailand.
Pegawai yang bertanggungjawab terhadap sistem itu berkata semalam, sistem ramalan radio yang dipasang oleh kerajaan Provinsi Phuket di pantai Batong itu telah mulai beroperasi semalam. Pihak Thailand akan memasang sistem itu di setiap sekolah, hotel dan kedai di Kaunti Batong. Jika keadaan kecemasan berlaku, sistem itu akan mengumumkan amaran dengan segera dan memandu penduduk tempatan beredar dari kawasan bahaya.
|