Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-06 12:55:44    
China Laksanakan Kaji Selidik Sumber Tenaga Kitar Semula

Harian Renmin Ribao

Menurut Harian Renminribao China Edisi Seberang Laut, China sedang melaksanakan kaji selidik terhadap sumber tenaga yang boleh dikitar semula. Setakat ini, kakitangan projek itu telah menyelesaikan kerja kaji selidik terhadap sumber air di China. Kaji selidik dan penilaian terhadap sumber tenaga angin sedang dilaksanakan.

Maklumat itu didedahkan oleh Naib Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Ou Xinqian dalam satu sidang di Beijing semalam.

Beliau menyatakan, melaksanakan kaji selidik dan penilaian penerokaan terhadap sumber tenaga yang boleh dikitar semula bermakna penting. Kerja itu akan menyediakan asas dalam penerokaan dan penggunaan sumber tenaga yang boleh dikitar semula.