Menurut berita CRI, Forum Sejagat Majalah Fortune Tahun 2005 akan diadakan di Beijing pada pertengahan Mei. Pemimpin negara China akan menghadiri dan menyampaikan ucaptama dalam forum itu.
Dimaklumkan, tema forum itu adalah Abad China dan Asia Baru. Pihak penganjur forum itu akan mengadakan sidang seminar, sidang meja bulat dalam tempoh forum itu. Para peserta akan membincangkan perubahan yang berlaku di China dan Asia dan peluang serta cabaran terhadap syarikat transnasional dan negara rantau ini akibat perubahan tersebut. Dijangka, seramai lebih 300 orang pemimpin perusahaan terkenal di dunia dan lebih 200 orang wakil usahawan China dan pegawai kerajaan akan menghadiri forum itu.
|