Demi meningkatkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang pelancongan antara Provinsi Liaoning China dengan Singapura, "Mesyuarat Pengenalan dan Promosi Liaoning China" telah diadakan di Singapura pada hari Selasa.
Dalam mesyuarat tersebut, Ketua Pengarah Biro Pelancongan Provinsi Liaoning, Encik Wu Hongjian serta anggota-anggota delegasi dari Provinsi Liaoning telah memperkenalkan keadaan tentang industri pelancongan di Provinsi Liaoning.
Encik Wu Hongjian menyatakan, kerjasama antara Provinsi Liaoning dengan Singapura mempunyai asas yang kukuh. Pada tahun 2004, Majilis Ekonomi dan Perdagangan Singapura dan Provinsi Liaoning ditubuhkan. Ini telah menyuntik sumber dinamik kepada pertukaran dan kerjasama dalam bidang pelancongan antara kedua-dua pihak. Wu Hongjian berpendapat bahawa kerjasama Singapura dan Liaoning boleh saling menyempurnakan bidang pelancongan dan ini telah menyediakan banyak peluang kepada kedua-dua pihak. Beliau juga berkeyakinan terhadap prospek kerjasama Liaoning-Singapura.
Difahamkan, delegasi Provinsi Liaoning yang diketuai oleh Encik Wu Hongjian tersebut akan mengadakan lawatan 10 hari ke 4 negara di Asia Tenggara, Singapura merupakan negara pertama dalam siri lawatan kali ini. Seterusnya, mereka akan melawat Malaysia, Vietnam dan Kemboja.
|