Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-06 12:02:54    
Ekspo Kerjasama dan Perdangan Kawasan Timur dan Barat China ke-9 Tnarik Ramai Pedagang Dalam dan Luar China

CRI

Wartawan CRI melaporkan, kerjasama kawasan timur dan barat China telah mendapat perhatian pedagang dalam dan luar negara China. Pesta Kerjasama, Pelaburan dan Perdagangan Kawasan Timur dan Barat China ke-9 yang diadakan di kota Xian, provinsi Shaanxi China hari ini telah menarik ramai pedagang dalam dan luar negara China.

Ekspo tersebut akan berlangsung selama 5 hari, sebanyak lebih 120 buah syarikat transnasional, pertubuhan perdagangan dan badan pelaburan asing telah menyertai ekspo itu. Pedagang dari 27 buah provinsi China telah menyertai ekspo itu dan mempamerkan lebih 5200 buah projek yang berkaitan teknologi canggih, menjimatkan sumber dan perlindungan alam sekitar untuk menarik pelabur.