Menurut Agensi Berita Xinhua China, untuk mencegah kejadian serangan keganasan di selatan Thailand berlaku di tempat lain, kerajaan Thailand semalam pertama kali memberi amaran kepada penduduk di seluruh negara supaya meningkatkan kawalan keselamatan bagi mengelakkan kumpulan bersenjata di kawasan itu memasuki ibu negara dan tempat-tempat awam lain untuk melancarkan serangan.
Berdasarkan laporan media massa tempatan hari ini, Timbalan Perdana Menteri Thailand yang juga Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri, Chidchai Wannasathit semalam berkata, beliau akan memimpin sepasukan keselamatan. Pasukan ini terdiri daripada para perisik keselamatan dan tugas utamanya adalah untuk melindungi setengah-setengah sasaran yang mungkin akan diserang. Beliau juga menjelaskan bahawa kejadian keganasan di Thailand tidak berkaitan dengan kumpulan keganasan antarabangsa, ia adalah urusan dalaman Thailand sendiri, dan pihak Thailand telah meningkatkan kawalan keselamatan.
|