Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-07 15:32:18    
Sidang Menteri Kewangan ASEAN Ke-9 Janji Buka Pasaran Perkhidmatan Kewangan

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Sidang Menteri Kewangan ASEAN Ke-9 selama sehari telah ditutup di Vientiane, ibu negara Laos semalam. Dalam sidang tersebut diluluskan Perjanjian Bebas Perkhidmatan Kewangan, dan berjanji akan membuka pasaran perkhidmatan kewangan serantau berdasarkan Rangka Perjanjian Sektor Perkhidmatan ASEAN.

Dalam tempoh sidang tersebut diadakan, para wakil mencapai kata sepakat mewujudkan perkhidmatan internet pasaran saham negara anggota ASEAN pada tahun 2010, mempercepat pelaksanaan penubuhpan pasaran saham Asia yang dipersetujui pada tahun 2003, membangunkan pasaran saham bagi rantau ini. Para wakil juga menegaskan akan mendorong pembaharuan sistem tarif.