Wartawan CRI melaporkan, Perdana Menteri Australia John Howard selepas mengadakan rundingan dengan Perdana Menteria Malaysia Abdullah Badawi di Camberra hari ini mengumumkan, kedua-dua negara akan memulakan rundingan perdagangan bebas secara rasmi.
Abdullah Badawi tiba di Australia pada malam semalam waktu tempatan dan akan mengadakan lawatan rasmi di Australia selama tiga hari. Pegawai Kementerian Perdagangan Australia memaklumkan, Abdullah Badawi akan membincangkan kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan pihak Australia.
Dimaklumkan, pegawai Australia-Malaysia akan mengadakan rundingan pusingan pertama perdagangan bebas pada bulan depan.
Sila mendengar warta berita 7 April
|