Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-07 15:43:11    
China Tentang Panduan Tindakan Halang Eksport Barangan Tekstil Kesatuan Eropah

CRI

Menurut berita CRI, Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Kong Quan di Beijing hari ini berkata, pihak China menentang tegas Kesatuan Eropah mengeluarkan panduan tindakan menghalang pengeksportan barangan tekstil China semalam dan berpendapat bahawa tindakan itu akan menimbulkan ketidakstabilan dalam perdagangan barangan tekstil antara kedua-dua pihak.

Kong Quan berkata, tindakan Kesatuan Eropah itu telah membelakangi prinsip perdagangan bebas yang dianjurkannya dan juga melanggar prinsip asas WTO. Tindakan tersebut bukan sahaja menjejaskan perdagangan barangan tekstil antara China dengan Kesatuan Eropah, malah akan mendatangkan kesan negatif terhadap perdagangan barangan tekstil sedunia.

Kong Quan menjelaskan, kedua-dua pihak perlu menyelesaikan masalah itu melalui dialog dan kerjasama.