Sejak tahun 1998 hingga sekarang, peruntukan kerajaan pusat China untuk mengawal resapan air dan hakisan tanah telah mencatat 10.2 bilion Yuan RMB, pelaburan asing yang digunakan berjumlah 3.6 bilion Yuan, keluasan sebanyak lebih 370 ribu kilometer persegi resapan air dan hakisan tanah China berjaya terkawal.
Berdasarkan maklumat, pada tahun-tahun kebelakangan ini, Kementerian Sumber Air China melaksanakan dengan bersungguh-sungguh panduan tugas tali air kerajaan pusat, meningkatkan pembangunan ekologi alam sekitar yang memelihara air dan tanah dan berjaya melindungi Sungai Kuning dan meningkatkan dengan stabil keluasan tanah pertanian, jumlah pengeluaran bahan makanan dan pendapatan penduduk awam; mengurangkan jumlah keluasan tanah pertanian yang lereng, hakisan tanah dan jumlah penduduk miskin; memperbaiki syarat pengeluaran pertanian, ekologi alam sekitar dan meningkatkan taraf hidup penduduk awam.
Sejak tahun 1989, Kementerian Sumber Air China mengutamakan usaha kawalan resapan air dan hakisan tanah di kawasan empangan tiga gaung Sungai Yangtze. Setakat akhir tahun lalu, keluasan sebanyak 17.7 ribu kilometer persegi resapan air dan hakisan tanah berjaya dikawal di kawasan itu, sebanyak 138.6 ribu hektar tanah pertanian telah dibangunkan, sebanyak 192 ribu hektar hutan dan kebun buah-buahan ditanam. Pelaksanaan projek pemeliharaan air dan tanah tersebut, bukan sahaja mengurangkan 60% lumpur dan pasir yang memasuki kawasan empangan tiga gaung Sungai Yangtze, tetapi juga memperbaiki syarat pengeluaran dan kehidupan penduduk awam, meningkatkan penampungan jumlah penduduk dan menyediakan syarat untuk mengatur penduduk yang berpindah bagi pelaksanaan projek tiga gaung Sungai Yangtze.
Selain itu, Kementerian Sumber Air dan Jawatankuasa Pusat Liga Pemuda bersama-sama melaksanakan "Projek kawalan untuk melindungi kawasan aliran Sungai Kuning", melaksanakan 17 projek dengan berjaya melindungi 14.6 ribu hektar air dan tanah. Projek tersebut dilaksanakan di 12 provinsi dan menjadi contoh dalam pembangunan ekologi alam sekitar China.
|