Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-07 15:00:42    
Rakyat China Gemar Maraton

CRI

Perlumbaan Maraton diadakan di pelbagai tempat di China seperti Beijing, Xiamen, Hong Kong, Qingdao, Wuhan, Lhasa dan lain-lain. Kalau Liu Xiang yang meraih pingat eman dalam acara 110 meter lari berpagar lelaki dianggap sebagai atlet yang paling diminati ramai di China, manakala acara perlumbaan Maraton dianggap acara olahraga yang paling popular di China. Sebagai laluan perlumbaan yang paling jauh dan penyertaan atlet paling ramai di dunia, Maraton diadakan secara besar-besaran di pelbagai tempat di China.

  

Sebenarnya Maraton merupakan satu nama tempat. Pada tahun 490 sebelum Masihi, Parsi berniat menawan Greece, askar Greece berjuang dengan berani dan mengalahkan warga Parsi di dataran Maraton. Seorang askar yang bernama Peidipides berlari lebih 40 kilometer untuk memaklumkan maklumat kemenangan peperangan tersebut kepada rakyat Athens, selepas melaungkan "Berjaya", beliau meninggal dunia. Selepas peristiwa itu, untuk memperingati peperangan Maraton dan Peidipides, Sukan Olimpik pertama pada zaman purba mengadakan perlumbaan jarak jauh Maraton. Perlumbaan Maraton yang diadakan pada zaman sekarang sepanjang 42.195 kilometer dan biasanya diadakan di jalan raya.

Maka, bagaimana pandangan rakyat China tentang sukan Maraton. Dalam Forum Peringkat Tinggi Maraton Pertama China yang diadakan di bandar Xiamen baru-baru ini, Naib Pengerusi Persatuan Olahraga China Wang Dawei berkata, "Berlari merupakan salah satu cara riadah yang senang dilakukan dan bermanfaat kepada orang ramai. Mengembangkan acara Maraton boleh mendorong projek riadah seluruh rakyat China dan berfaedah untuk meningkatkan kesihatan orang ramai. Beberapa perlumbaan Maraton telah mengundang atlet profesional dan mendorong peringkat acara Maraton China."

Tambah beliau, ada tiga syarat bagi sesebuah bandar kalau ingin mengadakan perlumbaan Maraton iaitu sokongan kerajaan, laluan yang sesuai dan sokongan syarikat.

Sekarang, banyak bandar di China gemar mengadakan perlumbaan Maraton. Ketua Syarikat Pemasaran Sejagat Berhad Encik Mark R Wetmore berkata, "Saya berasa sangat gembira melihat perkembangan Maraton di China. Saya berpendapat melalui perlumbaan Maraton boleh memperkenalkan China kepada seluruh dunia, khusunya China akan menganjurkan Sukan Olimpik 2008, atlet luar negara yang mengambil bahagian dalam perlumbaan Maraton tersebut boleh mengetahui keupayaan penganjuran China."

Sudah tentu perkembangan dan usaha mempopularkan acara Maraton di China harus dilaksanakan selangkah demi selangkah. Naib Pengerusi Persatuan Olahraga China Wang Dawei berkata, "Tahap atlet perlumbaan Maraton wanita China agak tinggi, meraka telah mencapai catatan masa dua jam 25 minit dan berpengharapan meraih pingat dalam Sukan Olimpik 2008. Akan tetapi, kontinjen Jepun merupakan pesaing hebat China. Atlet Jepun telah mencapai kejayan dalam Sukan Olimpik Sidney dan Athens."

----Nurhayati