Menurut Akhbar Harian Ren Min Ribao China, pendirian tegas pihak penjual bijih besi dalam rundingan menyebabkan pihak pengeluaran bahan galian China menyeru pelbagai pihak mengekalkan kestabilan pasaran bijih besi antarabangsa.
Sejak tahun ini, penjual bijih besi beberapa negara telah menaikkan harga tahunan bijih besi bahkan ada penjual telah menetapkan harga yang lebih tinggi dalam rundingan dan berpendirian tegas. Akhbar Harian Ren Min Ribao memetik kenyataan pegawai Persatuan Perdagangan Import-Eksport Bahan Galian China bahawa harga bijih besi antarabangsa sekarang tidak normal dan adil, tidak mencerminkan permintaan dan penawaran bijih besi di pasaran antarabangsa yang sebenar, tindakan penjual telah membelakangi kelaziman perdagangan antarabangsa, tidak berfaedah bagi memelihara kestabilan pasaran bijih besi antarabangsa pada masa panjang.
|