Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-07 14:21:54    
Pengguna China Bersikap Optimis Terhadap Situasi Ekonomi China

CRI

Wartawan CRI melaporkan, berdasarkan hasil tinjauan Biro Statistik Negara China hari ini bahawa indeks kepercayaan pengguna China meningkat dengan stabil dalam suku tahun pertama tahun ini. Kira-kira 70% pengguna China "berpuas hati" terhadap situasi ekonomi China pada masa ini.

Setakat Mac tahun ini, indeks kepercayaan pengguna China berturut-turut meningkat selama sembilan bulan dan ini mencerminkan pengguna China optimis terhadap pembangunan ekonomi China. Peningkatan indeks kepercayaan pengguna itu ditetapkan berdasarkan jangkaan peningkatan pendapatan rakyat dan penilaian positif terhadap situasi ekonomi negara.