Menurut berita CRI, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono akan mengadakan lawatannya ke Timor Leste. Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara itu selepas menyandang jawatan presiden Indonesia.
Dalam tempoh lawatan itu, Susilo Bambang Yudhoyono akan menandatangani perjanjian untuk menyelesaikan masalah sempadan darat antara kedua-dua negara tersebut.
|