Jabatan kerajaan Provinsi Jiangxi mengeluarkan peraturan larangan tiga perkara terhadap usaha menarik pelabuaran, iaitu melarang pelaksanaan projek yang menjejaskan ekologi alam sekitar; melarang pelaksanaan projek yang menjejaskan keselamatan jiwa dan kesihatan penduduk awam dan melarang pelaksanaan projek yang melibatkan lucah, perjudian dan jenayah.
Pegawai kerajaan Provinsi Jiangxi encik Meng Jianzhu menyatakan, "Pembangunan di Provinsi Jiangxi dimajukan dengan pesat, pertentangan antara pertumbuhan ekonomi dengan usaha melindungi ekologi alam sektiar dan sumber alam juga semakin hebat." Menurut beliau, taraf ekologi alam sekitar di Provinsi Jiangxi menduduki tempat keenam di China, kadar liputan hutan mencatat 60%, menduduki tempat kedua di China. Selain itu, Tasik Boyang, tasik air tawar terbesar di China yang terletak di provinsi itu tidak tercemar. Menurut encik Meng Jianzhu, jika kerajaan Provinsi Jiangxi terus membazir sumber alam untuk membangunkan ekonomi seumpama provinsi lain, sumber alam yang kaya tersebut akan dihabiskan.
Sehubungan dengan itu, kerajaan Provinsi Jiangxi mulai memilih untuk menolak pelaksanaan projek yang membazir sejumlah besar sumber alam di provinsi itu.
Sumber hutan kaya di Kaunti Dean, Bandar Jiujiang di bahagian utara Provinsi Jiangxi. Tidak lama dahulu, kerajaan kaunti itu menutup empat perusahaan yang memproses kayu. Perusahaan tersebut dipindahkan pada masa awal pembentukan taman perindustrian di kaunti itu. Akan tetapi setelah mendapati jumlah bahan kayu yang digunakan di perusahaan tersebut mencatat 10 juta meter padu setahun, manakala jumlah bahan kayu yang digunakan di kaunti itu biasanya hanya enam juta meter padu setahun. Untuk melindungi sumber hutan tempatan, kerajaan kaunti itu bermesyuarat dengan pegawai keempat-empat perusahaan tersebut untuk mengetapikan projek pelabuaran mereka dan membayar ganti rugi 120 ribu Yuan RMB kepada perusahaan tersebut.
Menurut maklumat, hanya pada tahun 2003 sahaja, kerajaan Provinsi Jiangxi telah menolak pelaksanaan 59 projek yang akan menjejaskan ekologi alam sekitar dan lebih 70 projek yang akan mengakibatkan pencemaran serius di provinsi itu.
|