Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-08 08:18:04    
Zon Pembangunan Ekonomi Dan Teknologi Tianjin China

CRI

Beberapa zon pembangunan ekonomi dan teknologi telah dibentuk di beberapa bandar di China yang dibuka kepada pelabur luar negara pada awal tahun 1980-an. Zon itu telah berjaya mencari banyak firma asing melabur di China untuk mewujudkan persekitaran pelaburan yang bertaraf antarabangsa. Lebih 50 buah zon pembangunan ekonomi dan teknologi peringkat negara telah dibangunkan di China sejak lebih 20 tahun lalu, antaranya zon pembangunan ekonomi dan teknologi Tianjin yang dibangunkan pada tahun 1984 merupakan sebuah zon pembangunan yang paling awal dan mencapai kejayaan yang luas biasa di China.

Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Tianjin terletak di timur bandar Tianjin di bahagian utara China, keluasannya mencatat lebih 30 kilometer persegi. Ia berhampiran dengan Pelabuhan Tianjin, salah sebuah pelabuhan yang terbesar di bahagian utara China yang berjarak hanya 140 kilometer dari Beijing.

Syarikat Cabot Amerika Syarikat, sebuah syarikat pengeluaran bahan industri kimia yang terkenal di dunia dan sebuah syarikat China bersama -sama melabur 28 juta dolar Amerika pada Januari tahun ini untuk menubuhkan sebuah kilang carbon, bahan mentah industri penting di zon pembangunan ekonomi dan teknologi Tianjin China. Pengerusi Lembaga Syarikat Cabot Amerika Syarikat yang juga ketua pegawai ekskutif syarikat itu. Encik Kennett F.Burnes berkata kami berasa amat gembira kerana berpeluang melabur ke zon itu kerana ia berhampiran dengan pelabuhan laut dalam, di samping itu, zon pembangunan ekonomi dan teknologi Tianjin mempunyai infrastruktur yang baik. Kami berharap kilang itu merupakan kilang pengeluar carbon terbesar dan termaju di dunia.

Encik Kennett F. Burnes berkata China pada masa ini merupakan sebuah negara pemgguna dan pasaran carbon yang kedua terbesar di dunia selain Amerika Syarikat. Berdasarkan rancangan syarikat Carbon, kilang carbon di zon pembangunan Tianjin akan dijadikan pangkalan pengeluaran carbon yang bermutu tinggi dan terbesar di dunia pada tahun 2010.

Dimaklumkan bahawa kira-kira 40 bilion yuan Renminbi telah diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur sejak zon itu ditubuhkan pada akhir tahun lalu.

Pengurus Besar Syarikat Motorola Elektronik China Berhad Encik Chen Lei berkata Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Tianjin telah menyediakan banyak kemudahan kepada pelabur untuk meningkatkan pembangunan perusahaan tersebut. Jawatankuasa Kerjasama yang terdiri daripada Syrikat Motorola dan Pentadbir zon pembangunan ekonomi dan teknologi Tianjin telah ditubuhkan untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara perusahaan modal asing dan pentadbir zon pembangunan Tianjin itu.

Encik Chen Lei berkata syarikat Motorola telah mencapai kejayaan yang besar sejak zon tersebut ditubuhkan belasan tahun lalu. Kebanyakan perusahaan firma asing telah dibangunkan di zon tersebut dalam beberapa tahun kebelakangan ini, zon itu purata setiap tahun menarik pelaburan lebih 1 bilion dolar Amerika. Pelaburan modal asing di zon itu berjumlah 20 bilion dolar Amerika pada masa ini.

Zon pembangunan ekonomi dan teknologi peringkat negara terbaik oleh Kementerian Perdagangan China keana persekitaran pelaburannya yang terbaik di China sehingga dikenali sebagai zon pelaburan firma asing yang tertinggi di China.

Ketua Pengarah Biro Sains dan Teknologi Zon Pembangunan Ekonomi dn Teknologi Tianjin puan Wang Fengju berpendapat pertumbuhan ekonomi pesat di zon pembangunan Tianjin disebabkan peningkatan secara berterusan kemudahan infraskruktur teknologi tinggi di samping peningkatan kualiti serta perkhidmatan yang meningkat secara berterusan di zon itu telah berjaya menarik banyak pelaburan asing.

Encik Pi Qiansheng, Setiausaha Jawatankuasa Kerja Zon Pembangunan Tianjin berkata kami mesti berusaha menubuhkan sebuah zon pembangunan ekonomi dan teknologi yang bersesuaian dengan keperluan pasaran dan pembangunan yang maju di dunia.

Dimaklumkan usaha menarik modal asing di zon pembangunan Tianjin pada tahun ini mempunyai trend perkembangan yang baik. 14 buah perusahaan firma asing telah ditubuhkan di zon tersebut pada bulan Januari tahun ini, jumlah pelaburan firma asing mencatat kira-kira 700 juta dolar Amerika.