Menurut akhbar Harian Ren Min Ribao Edisi Sebarang laut, setakat penghujung Februari, China telah mengesahkan penubuhan 510 ribu buah perusahaan pelaburan asing dan menggunakan pelaburan asing sebanyak 570 bilion dolar Amerika.
Demikian dinyatakan oleh Naib Setiausaha Agung Jawatankuasa Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China, encik Wang Jinzhen dalam Forum Pelaburan dan Pengumpulan Wang Antarabangsa China yang diadakan di kota Xi'an semalam.
Encik Wang Jinzhen berkata, pada tempoh 10 tahun yang lalu, China tetap merupakan negara yang menarik pelaburan asing paling banyak dikalangan negara membangun. Pada tahun 2003, pelaburan asing diterima oleh China buat kali pertama melebihi A.S. dan menjadi sasaran pertama pelaburan syarikat transnasional.
|