|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, pihak Polis Indonesia semalam mengumumkan, pihaknya akan meningkatkan usaha keselamatan di Jakarta dan Bandung bermula 9 hingga 30 April nanti, agar menjamin Sidang Kemuncak Asia-Pasifik Kedua dapat diadakan dengan lancar.
Dimaklumkan, pihak Indonesia telah mengarahkan 24 ribu 700 orang anggota keselamatan untuk bertugas menjaga keselamatan di pelbagai tempat yang penting. Selain itu, pihak Polis, tentera dan kerajaan tempatan akan mengadakan latihan keselamatan bersatu di Jakarta pada 15 April akan datang.
|