|
Wartawan CRI melaporkan, akhbar Lian He Zaobao Singapura menerbitkan rencana pengarang hari ini yang mengutuk Jepun menyusun buku teks sejarah yang memutarbelitkan sejarah pencerobohannya.
Rencana pengarang itu berkata, buku teks sejarah yang disusun tersebut telah menyifatkan Jepun sebagai pembebas bagi seluruh Asia, tujuan perang yang dilancarkan oleh Jepun adalah untuk membebaskan rakyat Asia dari penindasan negara Amerika dan Eropah, ini bukan sahaja telah memutarbelitkan fakta sejarah tetapi juga telah menghina negara dan rakyat yang mengalami kesengsaraan perang itu.
|