Menurut Harian Rujukan Ekonomi, Bank Pembangunan Asia) baru-baru ini telah meluluskan pinjaman sebanyak 10 juta dolar Amerika kepada Syarikat Orienwise China(COG), syarikat jaminan swasta terbesar China. Pinjaman tersebut merupakan kelulusan pertama yang dilakukan oleh Bank Pembangunan Asia terhadap syarikat swasta China, juga merupakan modal asing kumpulan pertama terbesar yang diperoleh syarikat jaminan China.
Pegawai Bank Pembangunan Asia menyatakan bahawa mereka akan menyediakan lebih banyak pinjaman kewangan pada masa depan agar membantu perusahaan swasta kecil dan sederhana China menambah modal, dan menyokong perkembangan syarikat tersebut.
|