Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-11 10:21:20    
Cara sembahyang yang Baru Menjadi Popular di Provinsi Guangdong, China sewaktu Hari Qingming

CNR

Pada bulan Mac 2005, Provinsi Guangdong yang terletak di bahagian selatan China sudah memasuki musim hujan. Bunga kapuk berkembang cantik dan pokok sipres juga menjadi semakin hijau selepas hujan.

Hari Qingming merupakan satu hari yang istimewa pada musim bunga untuk orang China bersembahyang kepada nenek moyang yang meninggal dunia. Baru-baru ini, penduduk Provinsi Guangdong menggunakan banyak cara yang baru untuk menyembahyangi anggota keluarga yang sudah meninggal dunia.

"Taman Rinduan" yang terletak di Gunung Baiyun, Bandar Guangzhou merupakan sebuah pusat awam penanaman pokok dengan abu tulang yang paling luas dan paling awal dibuka di China. Pada musim bunga tahun 1989, banyak pokok termasuk pokok Hongdouxiangsi, Jianyeduying dan Lechanghanxiao telah ditanam di kaki Gunung Baiyun, dan pada masa ini, pokok-pokok itu sudah tumbuh membesar dan kawasan itu kini menjadi hutan. "Taman Rinduan" bukan sahaja membentuk pemandangan yang indah di Gunung Baiyun, tetapi juga menjadi tempat yang sesuai untuk rakyat tempatan merindui anggota keluarga yang sudah meninggal dunia.

Puan Guan merupakan salah seorang penduduk Bandar Guangzhou kumpulan pertama yang mengebumikan abu ibu-bapanya di "Taman Rinduan". Beliau berkata, sebelum meninggal, bapanya suka menanam bunga dan rumput. Meskipun sewaktu keluarganya mengalami kesukaran, bapanya tidak pernah lupa menanam bunga dan rumput. Sekarang, kedua-dua mereka dikebumikan di tempat itu yang begitu indah pemandangannya, Puan Guan berasa rela.

Sejak "Taman Rinduan" dibuka, abu tulang yang dikebumikan di sana berjumlah lebih 12 ribu, dan pada setiap tahun, terdapat ribuan penduduk bersedia mendaftar nama untuk dikebumikan di sana apabila mereka meninggal dunia.

Pada tahun 2001, disebabkan keluasan taman itu terhad, pengurus "Taman Rinduan" menggunakan cara yang baru dalam penanaman pokok dengan abu tulang iaitu mencatat nama orang yang sudah mati di tugu peringatan.

Encik Zhang yang bekerja di syarikat Internet, membuka sebuah laman web mengenai Balai Peringatan untuk ibu bapanya yang sudah meninggal dunia. Beliau memasukkan maklumat ibu bapanya termasuk gambar dalam Balai Peringatan Laman Web tersebut, dan mencontohi suasana yang sebenarnya dalam laman web untuk menyembahyangi orang tuanya. Beliau berkata, abangnya tinggal di A.S., adik perempuannya berkahwin dengan penduduk Hong Kong, dan mereka agak susah berkumpul bersama-sama. Apabila Hari Qingming, mereka biasanya menetapkan masa untuk bersama-sama menyembahyangi mendiang ibu bapa mereka.

Encik Wen Juefei, pelakon yang terkenal yang pernah bekerja di Panggung Opera Yue Provinsi Guangdong merupakan orang yang pertama yang menyahut seruan kerajaan dan mendaftar nama untuk menghanyutkan ke laut abu tulang anggota keluarganya yang sudah meninggal dunia. Pada masa ini, beliau sudah meninggal dunia. Anak Encik Wen Juefei berkata kepada wartawan CRI, pada masa dahulu, ayahnya telah menghanyutkan abu tulang datuk, nenek, ibu dan pak sunya ke laut. Encik Wen Juefei berpendapat, "Menghanyutkan abu tulang anggota keluarga ke laut membolehkan abu tulang itu dihanyutkan ke tempat yang lebih jauh sehingga kami lebih mudah menyembahyangi roh mereka. Cara itu tidak memerlukan tempat dan juga tidak mencemarkan alam sekitar."

Apabila Hari Qingming, mendiang Encik Wen Juefei biasanya membawa anaknya mencari satu tempat yang lapang dan bersembahyang terhadap langit. Setelah Encik Wen Juefei meninggal dunia, anaknya juga mencontohi cara tersebut untuk menyembahyangi anggota keluarga yang sudah meninggal dunia.

Dimaklumkan bahawa sejak pertama mengadakan aktiviti menghanyutkan abu tulang ke laut di seluruh Negara China, pada tahun 1988, Syarikat Perkhidmatan Pengebumian Bandar Guangzhou telah berjaya "Mengebumikan" hampir 10 ribu abu tulang orang di laut. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat puluhan ribu orang menyertai aktiviti menghanyutkan abu tulang ke laut.

----AZMI