Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-11 13:18:09    
China Tingkatkan Perlindungan terhadap Maklumat Peribadi

CRI

Kerajaan China sedang merancang untuk menggubal "Undang-undang Perlindungan Maklumat Peribadi". Draf awal undang-undang yang digubal oleh para pakar telah selesai baru-baru ini. Pegawai kanan penggubal draf awal undang-undang itu yang juga pegawai Institut Ilmu Perundangan Akademi Sains Sosial China Profesor Zhou Hanhua semasa diwawancara oleh wartawan radio kami menyatakan, penggubalan undang-undang tersebut membolehkan hak peribadi warganegara China diperlindung dengan baik dan juga bermafaat bagi mendorong perkembangan maklumat China.

Seiring dengan perkembangan sosioekonomi China, semasa jabatan kerajaan dan bukan kerajaan melaksanakan pelbagai usaha, sejumlah besar maklumat peribadi akan dikumpulkan dan disimpan. Isu bagaimana melindungi maklumat tersebut semakin menarik perhatian masyarakat. Beberapa jabatan kerajaan dan bukan kerajaan mengumpulkan dan menggunakan maklumat peribadi tersebut untuk keperluan kerja, akan tetapi bukan melibatkan fungsi jabatan mereka. Misalnya, kamera litar tertutup dipasang di beberapa sekolah untuk mencegah para pelajar melakukan penipuan dalam peperiksaan dan meningkatkan kawalan di kampus, sehingga semua tindakan pelajar diawasi dengan kemudahan tersebut. Di samping itu, disebabkan kawalan simpanan, pindahan maklumat peribadi kurang standard, terdapat maklumat peribadi misalnya nombor telefon, tarikh lahir, keadaan kesihatan, alamat tempat tinggal diubah dan disalahgunakan, bahkan digunakan untuk mendapat keuntungan secara haram.

Profesor Institut Ilmu Perundangan Akademi Sains Sosial China Profesor Zhou Hanhua berpendapat, gejala itu disebabkan undang-undang khas untuk melindungi maklumat peribadi sangat kurang di China pada masa ini. Beliau berkata,

"Pada masa dahulu, perlindungan terhadap maklumat peribadi terutamanya dilaksanakan berdasarkan peraturan melindungi hak reputasi warganegara dalam "Peraturan Umum Undang-undang Sivil" di China. Perlindungan terhadap maklumat peribadi dalam bidang sensitif yang melibatkan pesakit AIDS, pesakit berjangkit lain dilaksanakan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh beberapa jabatan kerajaan. Disebabkan lingkungan perlindungan maklumat peribadi kurang luas, mekanisme pelaksanaan peraturan perlindungan kurang lengkap, maklumat peribadi mudah dicabul."

Profesor Zhou Hanhua menyatakan, kekurangan undang-undang perlindungan maklumat peribadi juga menyekat pelaksanaan perdagangan elektronik di China, kerana ramai pengguna bimbang terhadap keselamatan maklumat mereka dalam internet.

Sehubungan dengan itu, kerajaan China mempercepat langkah untuk menggubal undang-undang maklumat pada tahun-tahun kebelakangan ini, antaranya, penggubalan "Undang-undang Perlindungan Maklumat Peribadi" merupakan komponen penting usaha tersebut.

Profesor Zhou Hanhua berpendapat,

"Di satu pihak, penggubalan undang-undang tersebut adalah untuk melindungi hak asasi manusia. Kerajaan China telah memasukkan peraturan menghormati dan menjamin hak asasi manusia dalam perlembagaan. Setiap orang mempunyai hak terhadap maklumat peribadi mereka, hak itu juga merupakan komponen penting hak asasi manusia; di pihak lain pula, penggubalan undang-undang tersebut bermanfaat bagi perkembangan maklumat China, khususnya mendorong pelaksanaan urusan pentadbiran dan perdagangan elektronik."

----Ching