Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-11 13:54:46    
Bekas Pelajar China di Luar Negara yang Kembali Berkhidmat di Tanah Air Mencapai Kejayaan

CRI

Seiring dengan perkembangan pesat ekonomi China, kemudahan menyelenggarakan perusahaan semakin disempurnakan, semakin ramai bekas pelajar China di luar negara kembali ke tanah air memulakan kerjaya mereka.

Taman Sains dan Teknologi Zhongguancun terletak di bahagian barat laut bandar Beijing. Taman itu memiliki keunggulan sumber sains, penyelidikan dan pendidikan. Terdapat lebih 100 institut penyelidikan sains dan lebih 30 institusi pengajian tinggi di Taman itu. Selain itu, pejabat perkhidmatan untuk membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan telah ditubuhkan di taman itu, kerajan juga telah menyediakan bantuan kewangan untuk menggalakkan bekas pelajar China di luar negara memulakan kerjaya mereka di Taman Sains dan Teknologi Zhongguancun Beijing.

Sehubungan dengan itu, Taman Sains dan Teknologi Zhongguancun telah berjaya menarik sejumlah besar bekas pelajar China di luar negara. Encik Cui Chunguang yang pernah belajar di Britain dan kembali ke China pada tahun lalu telah memulakan kerjayanya di taman tersebut memberitahu wartawan,

"Kami melakukan penyelidikan teknologi baru dan mencari tempat yang sesuai untuk memulakan kerjaya.Disebabkan teknologi yang kami kaji itu memerlukan kerjasama bantuan perusahaan lain dalam bidang yang sama, maka tempat yang padat dengan teknologi tinggi ialah Taman Sains dan Teknologi Zhongguancun. Di sini, kami boleh mendapat bantuan kerajaan dan boleh berhubung dengan banyak syarikat kewangan."

Teknologi mengumpul maklumat radio menjadi kajian utama perusahaan yang diselenggarakan oleh Encik Cui Chunsheng. Berdasarkan maklumat tersebut, teknologi itu boleh digunakan dalam bidang pengedaran barangan, barang dagangan dan komunikasi atas bantuan kecanggihan perisian komputer.Teknologi itu telah mendapat anugerah hadiah inovasi kerajaan Britain baru-baru ini. Encik Cui Chunsheng memberitahu wartawan,

"Teknologi ini merupakan teknologi yang termaju di dunia pada masa ini. Banyak pelanggan di dalam dan luar negara telah berbincang dengan kami. Penggunaan teknologi itu berprospek cerah."

Perusahaan yang diselenggarakan oleh Encik Zhang Baocheng yang pernah belajar di Itali juga mencapai kejayaan. Beliau memberitahu wartawan, China kekurangan sumber air. Sehubungan dengan itu, pengeluaran barangan untuk rawatan air akan dilaksanakan di perusahaannya untuk membolehkan air kumbahan dapat dikitar semula. Disebabkan teknologi barang keluaran tersebut termaju di dunia, kami telah mendapat kepercayaan banyak pelanggan asing. Encik Zhang Baocheng memberitahu wartawan,

"Walaupun syarikat kami baru ditubuhkan, akan tetapi barang keluaran kami telah mendapat kepercayaan pelanggan asing. Pada masa ini, barang keluaran kami dijual di Jepun, Spanyol, A.S., India, Singapura dan lain-lain."

Berdasarkan statistik, semakin ramai bekas pelajar China di luar negara memulakan kerjaya mereka di Taman Sains dan Teknologi Zhongguancun Beijing. Pada masa ini, terdapat lebih 2300 perusahaan yang diselenggarakan oleh bekas pelajar China di luar negara di Taman itu, jumlah bekas pelajar China di luar negara kini mencatat 6000 orang.

Pegawai Taman itu Encik Chu Junwei menyatakan,

"Kami akan terus menyempurnakan kemudahan menyelenggarakan perusahaan dan menyediakan peluang kerja kepada bekas pelajar China di luar negara, agar jumlah bekas pelajar China di luar negara membuka perniagaan di taman itu mencatat 10 ribu orang dan jumlah perusahaan mencatat 3000 buah di taman ini."

----Ching