Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-11 11:02:26    
Loji Janakuasa Elektrik Guna Jerami Sebagai Bahan Bakar Dibina di Xi'an China

CNR

Menurut Agensi Berita China, loji janakuasa elektrik menggunakan jerami sebagai bahan bakar akan dibina oleh sebuah syarikat Kanada di Xi'an, Provinsi Shaanxi China. Setelah loji itu dibina, masalah kekurangan bekalan tenaga elektrik di kawasan itu akan diselesaikan, ekologi alam sekitar dapat dilindungi dan pendapatan kaum tani dapat ditingkatkan.

Provinsi Shaanxi merupakan salah satu provinsi pertanian penting di China dan kaya dengan sumber jerami. Biasanya setelah musim menunai, kaum tani akan membakar jerami. Selain mengakibatkan pencemaran, juga mengakibatkan kebakaran.

Berdasarkan maklumat, setelah pembinaan loji yang bernilai 470 juta Yuan RMB itu selesai dibina, tenaga elektrik yang dijana mencatat kira-kira 250 juta kilowatt/jam setiap tahun. Pendapatan kaum tani tempatan akan mencatat 30 juta Yuan RMB setiap tahun setelah kerajaan membeli jerami.