Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-04-11 15:40:10    
Sidang Menteri Luar ASEAN Dirasmikan di Filipina

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Sidang Menteri Luar 10 Negara ASEAN telah diadakan di Cebu, Filipina hari ini untuk membincangkan persiapan Sidang Kemuncak Asia Timur dan penggubalan Perlembagaan ASEAN.

Menteri Luar Filipina Alberto Romulo dalam majlis taklimat menyatakan, dalam sidang itu, para peserta akan membincangkan agenda, cara dan negara yang akan menyertai Sidang Kemuncak Asia Timur pertama yang akan diadakan di Kuala Lumpur Malaysia pada akhir tahun ini, setelah mencapai kata sepakat, pendapat China, Jepun dan Korea Selatan akan diperoleh.

Semasa menyebut isu penggubalan Perlembagaan ASEAN, Alberto Romulo menyatakan, perlembagaan itu akan menetapkan kedudukan ASEAN di sisi undang-undang agar ASEAN diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa, juga bermanfaat bagi pembentukan Komuniti ASEAN sebelum tahun 2020.