Menurut berita CRI, dalam rencana pengarang yang diterbitkan oleh akhbar "Lianhe Zaobao" Singapura hari ini menyanjung tinggi peningkatan hubungan China-India dan perkembangan kedua-dua negara tersebut.
Berdasarkan rencana pengarang itu, kedua-dua negara China-India telah mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan memainkan peranan yang semakin penting dalam pembentukan pola politik dan ekonomi sedunia. Lawatan Perdana Menteri China Wen Jiabao di India membuktikan, kedua-dua negara bukan sahaja berhasrat meningkatkan kerjasama, tetapi juga mempunyai potensi kerjasama yang besar.
Perkembangan China-India bukan sahaja bermanfaat bagi rakyat kedua-dua negara tersebut, tetapi juga bagi rantau Asia.
|